CALIFORNIA – Seorang lelaki memegang rekod baru Guinness
sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia apabila memiliki
1,497 kad.
Walter Cavanagh berkata, dia mula mengumpulkan kad kredit selepas dicabar rakannya.Buku kadnya seberat 17 kilogram mampu mengisi 800 kad.
Cavanagh bagaimanapun tidak membawa semua kad kredit itu bersamanya.
Sebaliknya, dia menyimpan kebanyakan kadnya di dalam peti deposit
keselamatan, lapor ABC News.
Rekod Dunia Guinness menggelarnya ‘Mr Plastic Fantastic’ dan dia memegang rekod itu sejak 1971.
‘Hobi’ Cavanagh bermula pada 1960-an selepas dicabar rakannya apabila
mereka bersetuju siapa yang mempunyai jumlah kad kredit paling banyak
pada hujung tahun akan mendapat makan malam percuma.
“Ketika itu saya baru selesai tugasan sebagai anggota Pasukan
Khidmat Bakti dan menjelang hujung tahun itu saya sudah mempunyai 143
kad. Rakan saya cuma mendapat 138. Kami berdua ketika itu bekerja
sebagai ahli farmasi,” katanya.
Cavanagh memiliki jumlah kredit keseluruhan sekitar £1.1 juta (RM7
juta) dan rekodnya bersih kerana menggunakan satu kad yang dibayar penuh
setiap bulan.
Katanya, dia cuma pernah sekali seumur hidupnya ditolak permohonan
kad kredit pada 1970-an atas alasan memiliki ‘terlalu banyak kredit.’ –
Agensi
sumber : mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment