'Raja Repot' atau Abdul Rani Kulup Abdullah yang menerima anugerah
daripada Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah yang membawa kepada
Datuk Paduka Mahkota Melaka tidak ambil kisah dengan tanggapan banyak
pihak bahawa penganugerahan itu tidak sah.
"Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah.
“Banyak jasa saya kepada sultan lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam," katanya memetik Malaysiakini.
Bukan itu sahaja, Abdul Rani yang mesra dipanggil Ayah juga berbesar
hati dengan penganugerahan itu, memandangkan sebelum ini sering sahaja
mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum Melayu.
Namun nampaknya Sultan Melaka Raja Noor Jan sahaja yang 'sedar' akan
jasanya, meskipun pernah membuat satu sahaja laporan polis demi maruah
individu itu.
"Ayah terkejut. Tak sangkalah dengan satu repot pada tahun 2012 lalu
beliau berikan ayah anugerah ini. Pastinya saya perlu berterima kasih
dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah.
"Ayah buat repot pelbagai isu lain termasuk melibatkan penghinaan
kepada sultan Selangor, Johor, Perak dan Kedah. Tapi hanya beliau saja
yang beri anugerah," katanya yang menerima gelaran itu pada Isnin lalu.
Malah Abdul Rani yang sering menggunakan ayat 'Kipidap' juga menyatakan
tidak menyogok wang ringgit kepada Raja Noor Jan semata-mata mahu
mendapatkan gelaran itu.
"Alhamdulillah saya gembira dengan pemberian tersebut, di samping
satu hadiah istimewa iaitu pingat penganugerahan. Beliau juga begitu
menghargai pengorbanan saya sepanjang 22 tahun dalam pasukan tentera
tanah air," katanya yang juga menerima sebilah keris dan sepersalinan baju daripada Sultan Melaka.
sumber - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment