Ramai yang tidak menyangka harga minyak
dunia telah menurun kepada $50 setong secara mendadak. Ramai yang masih
tidak boleh menrima hakikat, harga minyak dunia telah pun jatuh melepasi
$40 setong. Dan cakap-cakap pakar minyak dunia dan pakar ekonomi terus
meramalkan harga minyak akan terus jatuh kepada paras yang lebih rendah
dan rendah lagi.
Krisis Arab Saudi dan Iran menambah
kekusutan yang berlkau sekarang ini. Ditambah dengan tambahan lambakan
bekalan minyak di pasaran, dengan kemasukan semula Iran dan Libya,
menjadikan pasaran harga minyak dunia terus terumbang-ambing.
Setakat yang kita dengar sebelum ini dan
sehingga ke hari ini, Petronas tetap dengan pendirian untuk tidak buang
kalangan kakitangan dan pekerja Petronas yang ada sekarang ini. Lain
pula satu lagi syarikat gergasi minyak dunia, ExxonMobil melalui
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dikatakan akan
memulakan langkah menyertai syarikat oil and gas lain bagi mengurangkan
kos operasi syarikat termasuklah ruang pejabat mereka di Menara
ExxonMobil (29 Tingkat) sekarang ini yang mereka sewa sekarang ini
dengan KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) yang mana kontrak sewa meraka
akan berakhir Januari 2017 ini.
Amaran Ketua Eksekutif Bristih Petroleum BP, Bob Dudley?
Dan berita terkini yang Berita Semasa
perolehi melalui kenyataan Ketua Eksekutif BP Bob Dudle memberikan
amaran yang mana syarikat minyak dunia akan lebih sakit pada tahun 2016 ini.
- Terus berlaku lambakan minyak di pasaran
- Pertumbuhan ekonomi China akan terus lembap
- Amerika Syarikat menarik balik larangan 40 tahun ke atas minyak.
Ditambah, harga minyak dunia walaupun
dijangka akan stabil kembali sekitar akhir tahun 2016, tetap masih lagi
rendah dan akan terus rendah untuk tempoh masa yang lama.
Bersama-sama ini Berita Semasa sertakan
senarai syarikat oil and gas yang terlibat dalam proses untuk potong
gaji dan buang pekerja masing-masing untuk setakat data yang diperolehi
dan dikumpul sehingga November 2015.
Senarai Syarikat Oil and Gas Antarabangsa : Pengurangan Kos Operasi?
- Schlumberger – 9000 orang
- Weatherford – 8000
- Royal Dutch Shell – 7000
- Baker Hughes – 7000
- FMC – 2000
- Halliburton – 6000
- Technip – 6000
- Subsea 7 – 2500
- National Oilwell Varco – 2400
- Statoil – 1500
- SBM – 1200
- MH Wirth -750
- British Petroleum BP – 300
- Talisman – 300
- Apache – 250
- Aker Solution – 200
- Chevron – 160
Senarai Syarikat Oil and Gas Malaysia : Pengurangan Kos Operasi?
- SBM Malaysia – 200 (jumlah terkini)
- TH Heavy Engineering – VSS (melepaskan 1/3 daripada tenaga kerja mereka)
- Exxonmobil Malaysia – 320
- Petronas Carigali – Potong Gaji melibatkan pekerja dan kakitangan berstatus kontrak
- Petrofac-RNZ – 100
- Shell Malaysia – 1300 dalam tempoh 2 tahun
- MMHE – 2000 (terkini)
- Bumi Armada – 155
- Technip Malaysia – 600
- Ranhill WorleyParson – 120
- Murphy Oil – 80
- Petrofac PML – 90
- Aker Solution – 200 (terkini)
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment