Friday 8 January 2016

Lamborghini RM1.3 juta ‘terjun’ tasik

LAMBORGHINI ini diapung dan ditarik selepas terbabas ke dalam sebuah tasik di Northamptonshire baru-baru ini.- AGENSI

NORTHAMPTONSHIRE, Britain – Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata selepas kereta Lamborghini berharga £200,000 (RM1.3 juta) yang baru dibeli mereka terjunam ke dalam sebuah tasik baru-baru ini.

Kereta Lamborghini Huracán itu terjatuh ke dalam tasik di Kelab Memancing Higham Ferrers di sini pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan, seminggu selepas mereka membeli kereta sports tersebut.

Kenderaan berwarna putih yang mempunyai kelajuan maksimum 328 kilometer sejam itu merempuh penghadang jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam tasik itu.

Pasangan itu berjaya keluar dari kenderaan mereka dan berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri. Kereta itu dapat diapungkan enam hari selepas insiden tersebut.

“Apabila menerima laporan mengenai insiden ini, saya tidak menyangka kemalangan ini melibatkan sebuah kereta Lamborghini,” kata ahli majlis perbandaran bandar ini, Richard Gell. - AGENSI

sumber : http://www.kosmo.com.my/

No comments: