Nampaknya dengan bermulanya sesi baru persekolahan dan perkembangan
media sosial yang semakin meluas, nampaknya semakin mudah kisah orang
memerlukan atau susah yang dapat diketahui.
Kita rakyat Malaysia banyak membantu dalam memaparkan kisah-kisah ini,
kita juga haruslah bertindak sebagai mata dan telinga untuk melaporakn
kepada pihak bertanggungjawab mengenai kisah-kisah anak-anak memerlukan
ini.
Terbaru kes hari ini, seorang guru bernama Shafawi Danish
telah berkongsikan di laman Facebooknya kisah seorang murid yang baru
datang melaporkan diri ke sekolah kerana diceritakan oleh beliau murid
berkenaan terpaksa berkongsi sehelai baju, sehelai seluar dan beg dengan
abangnya membuatkan salah seorang daripada mereka akan datang ke
sekolah dan seorang akan ponteng.
Berikut adalah cerita beliau.
Allahuakbar.. Kisah ini bukanlah berlaku dikawasan perdalaman tetapi di
bandar, adik ini baru melaporkan diri di sekolah hari ini untuk
tingkatan satu.
Selepas diselidik kenapa dia lambat melaporkan diri ke sekolah rupanya
dia adalah mengsa kes penceraiaan ibu bapa di mana ibunya tidak bekerja.
Dua hari lepas abang dia yang belajar di tingkatan 4 telah datang ke sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui kelas.
Dan hari ini abangnya tidak datang ke sekolah kerana beg, baju dan
seluar sekolahnya dipakai oleh si adik(berkongsi satu pakaian) di mana
dia datang berseorangan untuk melaporkan diri, itupun dengan duit
bantuan jirannya. menangis la pulak..
UPDATE
Lembaga Zakat Pulau Pinang telah tampil menjawab mengenai status penerima zakat daripada keluarga adik ini.
Menurut Pihak Zakat Pulau Pinang, keluarga adik ini merupakan asnaf ZPP
sejak tahun 2012 lagi di mana keluarga adik ini menerima bantuan bulanan
sebanyak RM400 di mana jumlah keseluruhan sehingga kini adalah RM5420.
sumber : siakapkeli.my/
No comments:
Post a Comment