WAH! Ternyata berita ini sesuatu yang menggembirakan buat semua peminat setia Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.
Mana taknya, dua pelakon hebat ini telah terpilih dan ditawarkan
berlakon dengan hero Tamil popular, Rajinikanth dalam filem terbaharu
Tamil berjudul Kabali.
“Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu
orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan.
Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari
pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.
“Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah
lagi ia dibintangi aktor lagenda, Rajinikanth, saya rasa peluang
dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia
menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu,”
katanya memetik laporan Berita Harian.
Sebelum ini aktor Adi Putra juga pernah diberi peluang berlakon dengan King of Bollywood, Shah Rukh Khan menerusi filem Don 2.
Ini mencerminkan kualiti pelakon Malaysia diyakini pengarah-pengarah asing.
Lepas ini, agak-agaknya giliran siapa pula akan mendapat tempat untuk
berlakon di samping bintang antarabangsa yang lain? Sama-sama kita
nantikan!
sumber – mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment