Saturday, 9 January 2016

R_ogol Wanita Lain Kerana Kecewa Dengan Bekas Teman Wanita


Seorang wanita melalui detik hitam, apabila dia telah diberikan dadah dan dirogol oleh saudara rakan serumahnya pada Rabu lepas.. Kejadian itu berlaku di rumah sewa di Taman Seng Goon.. So, scaryy!

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai berada di rumah bersama dengan saudara rakan serumahnya.. Tiba-tiba lelaki yang berusia 31 tahun merempuh masuk ke dalam bilik dan menyerang mangsa.. Mangsa cuba untuk menyelamatkan diri tetapi gagal, kerana tak terdaya melawan lelaki itu..

Lebih menakutkan, lelaki itu bertindak mengacukan pisau dan memberi amaran supaya mangsa tidak bertindak bodoh sebelum mengikat mangsa dengan tali pinggang..

Dah lah tak rela diperlakukan sebegitu, lelaki tu paksa pulak mangsa menelan beberapa biji pil sehingga membuatkan mangsa berada di dalam keadaan separuh sedar.. Ini membuatkan mangsa telah dirogol beberapa kali sehingga keesokkan harinya..

Lagi satu hal, lelaki durjana ini telah meletakkan wang kertas bernilai RM20 sebagai ucapan ‘terima kasih’ beliau selepas merogol mangsa.. Lihat, betapa kejamnya manusia yang bertopengkan setan ini!

Walau bagaimana pun, lelaki tersebut berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak di Kampung Mongkos, Tebakang.. Polis menemui barang bukti seperti pisau dan tali pinggan yang digunakan terhadap mangsa..

Korang nak tahu tak, kenapa suspek sanggup bertindak keji sampai macam itu?? Suspek melakukan tindakan keji tersebut kerana beliau kecewa dengan hubungannya bersama bekas teman wanita gagal! Itu semua alasan yang bodoh jerr! Kecewa lah kononnya.. - MissHana/Utaranews.com

No comments: